Memaparkan catatan dengan label KeRja TaNgAn Ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KeRja TaNgAn Ku. Papar semua catatan

Selasa, Julai 31, 2012

Cc yg diorder my cousin dan puff eclair

Baru2 ni cousin saya yg study kat kl order cc utk birthday kwn dia, bila dah siap saya bg cc tu pd ala (mama cousin @ makcik saya la)yg mmg nak ke KL time tu. Alhamdulillah dpt feed back yg memuaskan..
Yg puff tu plak saja ja balik kerja buat, aiman suka sgt, 3 hari direct buat puff tu..sbb aiman yg suruh...en.suami jgn kata la dia mmg suka mcm ni semua..mana tak tumpah kuah kalau x ke nasi..Kali ni buat puff sgt2 puas hati sbb menjadi sgt...mmg takkan ambil resepi lain. resepi ni di ambil dari blog juicycafe...
Cream puff yg sudah masak, tp blm di masukkan whippin cream..makan saja pun dah sedap...

dah di bubuh whipping cream coklat, dan atas tu bubuh coklat masakan dan di tabur cashew nut.
Cc yg diorder dr Husniah.

Kebab tortila

Baru2 ni terlintas nak buat something yg lain. So kebtulan balik dr kursus di komtar saya singgah pasific..tgk2 ada roti tortila..terus terpikir nak buat mcm kebab..so beli apa yg patut utk buat kebab. Jom tgk bahan dan cara2 nya
Sos yg digunakan.
Roti ni la yg dibeli di pasific...bila masak jd ranggup
Burger daging...pakai je brand apa pun tak pa, ikut kreativiti masing-masing.
Goreng daging burger mcm ni, potong kecil. tak payah bubuh minyak..nanti dia keluar minyak sendiri..
Sayur2an yg disagat dan dipotong dadu.Terdiri dr Kubis, carrot, timun, bwg besar dan apple hijau.
Ininlah hasilnya.
caranya.
1. Ambil mangkuk. Masukkan sos2 td, ikut citarasa masing2 yg, yg mana suka lebih, masukkan lebih ye, kalau kurang, kurangkan lah ye...
2. Masukkan daging burger dan sayur2an dlm mangkuk.Gaul sebati.
3. Ambil cheese, koyak2kan gaul. Kalau suka cheese jenis lain pun boleh. suka -suka hati, mcm kata Chef Ammar El Ali dlm hidangan barakah..
4. Lepas tu letak adunan td atas roti tortilla, kemudian suka-suka hati la nak lipat 2 ke 4.
5. Panaskan kuali (yg leper) letak roti td. Agak2 cheese dah cair, roti pun dah nampak ranggup boleh la angkat.
6. Akhir sekali...buka mulut besar-besar dan masukkan roti ke dalam mulut...selesai..
Resepi ni mudah je, ok selamat mencuba. Mcm kata Chef Ammar "masak dari Hati, masak dengan Iman" insyallah sedap....

Isnin, Julai 30, 2012

Kek oooo kek...

Ni antara hasil kerja tangan saya dr bulan mac hingga mei...ada yg org order ada yg buat utk makan di rumah

Kek coklat moist...disalut dgn coklat ganache...kek ni mmg sedap..kalau buat pagi petang leh habis..
Cc yg diorder oleh member utk ibu mentuanya sempena hari Ibu. TQ Is.
Cc yg diorder oleh Yati (x TFS staff)...utk siapa...hihii dia je yg tahu..(abaikan kaki tu)
Kek Coklat yg diorder oleh Puan Fifah utk Birthday suaminya, Cikgu Hafiz.
Kek utk birthday Putra
Yg ni bukan kek, tp strawberi coklat, selalu pakai lidi cucuk tp saya buat mcm ni ambil garfu je makan, febret en.suami...
Kek Chiffon banana marble...kek ni pun sedap...sgt lembut
Kek coklat moist yg dijual di tmpt adik bekerja.
Kek Birthday yd diorder oleh Puan Fifah
Kek span dgn buttercream...utk dijual ditmpt kerja adik.
Kek ni ni order oleh member utk ibunya,sempena Hari Ibu. Is juga yg order.
Kek Birthday utk En.Suami...kek Opera, kek ni tpg sikit je, yg banyak pakai serbuk badam..

Khamis, Mac 08, 2012

My 1st Pavlova

Assalammualaikum, lama tak tulis blog..... sejuk pagi ni, musim hujan kot sekarang ni....tiap-tiap hari hujan..Alhamdulillah. Baru baru ni ada la buat kek tak ingat la kek apa, tp kek tu pakai telur kuning which means telur putih tu tak dipakai la dlm resepi kek tu.... so pikir punya pikir apa la nak di buat dgn telur putih tu...dpt la idea nak buat Pavlova....niat nak buat tu lama dah...so bila dah ada telur putih yg tak pakai ni baru la berkesempatan buat Pavlova ni...jom layan gambar dulu...
first time buat pavlova....alhamdulillah menjadi yg makan pavlova ni En.suami la.... saya buat je, makan pun takat2 nak rasa  je...
cari strawberi kat tesco tak ada, yg ada kiwi dgn anggur, so buh je la apa yg ada....first time makan kiwi....hehehehe
Jom kita layan resepi plak....

4 biji telur putih
1/2 cawan gula castor ( kalau ikut resepi asal 3/4, saya kurangkan sbb 1/2 cwn pun dah manis)
1 sudu kecil cuka (stgh resepi x bubuh cuka)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil vanilla esen
1 sudu kecil cream of tartar

whipping cream
buah-buahan( kalau boleh buah yg masam)

Cara2nya..
1 pukul telur putih dgn cream of tartar sederhana laju.
2 lepas tu masuk gula castor tpg jagung dgn kelajuan yg tinggi hingga bertanduk.
3 then masuk esen vanila dan cuka pukul sedikit
4 letak adunan dlm dulang or tray. bakar la selama 1 jam suhu ada yg 120C ada yg 140C
5 lepas dah masak biarkan sejuk, baru la bubuh whipping cream dan tabur la buah-buahan kat atasnya..

* Pavlova ni tak ada acuan letak saja atas dulung tp kalau boleh jgn biarkan adunan membukit biarkan adunan tu mcm tasik sikit...faham ke? tak faham tanya la ye...tak reti nak explain kat sini...hihii
* kalau nak tau masak ke idak, sentuh pavlova ni, kalau pavlova tak melekat ke jari itu tanda masak la...tp kena cucuk kat tengah sama (ni untuk kes oven cap ayam macam saya)...
 selamat mencuba ye...!

Pavlova ni bila makan Ya Allah ...lembut sungguh...lagi lembut dr marhsmallow...tp bila manis pavlova ni dimakan dgn buah yg masam2 sikit...mmg ummpphh... mcm filem P.Ramlee...masam-masam manis.

Khamis, Januari 19, 2012

Resepi kek keramel...

Kek pertama yg diorder tahun baru ni ....adik(ayin) yg order utk jamuan tmpt kerja dia..so ni la keknya..ayin selalu panggil kek ni kek berhantu...sbb bila makan nak lagi, nak lagi, nak lagi...hihihi hari jumaat ni kawan ofis dia nak kek mcm ni juga...

tulisan kena byk improve lagi..

simple ja..

kek keramel ni buat utk makan kat rumah dan utk kelas mengaji Putra, bkn apa umi (tok guru) kerap bagi barang kat putra, kdg dibuat makan utk anak2 murid, so apa salah kita sedekah sikit....
Resepi kek keramel

step 1
2 camca besar gula (letak dlm loyang kek lepas tu letak atas apa hingga koko, then biar sejuk. Jgn rasa pelik mmg gula hangus tu akan keras dan bunyi mcm crack'

step 2
setgh tin susu cair(carnation)
1 camca besar tpg kastard
3 biji kuning telur
esen vanila
40-50g gula halus
gaul kesemua bahan diatas tp jgn sampai berbuih,lepas gula pun dah hancur masuk dlm loyang gula hangus tadi.

step 3
140g tpg gandum
40-50 gula halus
1 cmca kecil baking powder (ayak dgn tpg)
3 biji kuning telur
45ml minyak
145ml air
(masuk semua bahan kecuali minyak, gaul hingga kembang lepas tu baru masuk minyak)

step 4
6 biji putih telur (boleh ambil dari step 2 dan 3, sbb step ni pakai telur kuning ja so tak membazir)
1 camca kecil cream of tatar
40g gula
(putar telur + cot hingga kembang sedikit pastu masuk gula sikit demi sikit, then putar hingga bertanduk)

step 5
ambil step 4 kaup balik ke dlm step 3, kacau hingga sebati. Saya buat step 4 dulu pastu baru buat step 3 sbb telur putih ni bkn boleh campur dgn sembarangan bahan, so nak save buat step 4 dulu. kdg bila dah buat step 3 lepas tu basuh mixer cake masih ada baki air so telur putih takkan naik, kecuali betul2 kering...terpulang kalau ada 2 mixer kat rumah boleh la buat ikut step ni....

step 6
bahagi adunan kepada 2 bahagian dan bubuh warna yg apa yg digemari ( kebanyakkan buh warna saja, tp saya bubuh dgn perasa sekali so lagi naik la dgn warna dan bau adunan, ramai yg makan cakap kek saya mcm aiskrim

step 7
ambil loyang yg berisi gula hangus tadi dan sendukkan adunan step 6 berselang seli sampai habis, jangan risau adunan step 6 tadi takkan bercampur dgn adunan step 2....selalunya org risau but don't worry dia takkan bercampur...(time dok buh adunan dlm loyang, ambil bekas/loyang  lain yg berisi air dan masuk kan dlm oven. panas kan oven)

step 8
bakar cara 'bain-marie'. ambil loyang kek tu dan letak dlm bekas/loyang lain yg ada air. bakar selama 1 jam pada suhu 170 'c ...

so selamat mencuba....!!

Jumaat, November 25, 2011

2nd order dari Is

25 deko mcm ni

Bunga ros..suka sgt...tp mcm2 saiz ada..hihihii

25 deko mcm ni....

deko ke-2
Bunga rose ...thanks to juicycafe kerana bagi resepi buttercream yg mmg tiptop...



Cup cakes order from school mate...

Cup cake ni di order dari member sekolah utk birthday puterinya yg berumur 9 tahun..saya letak marshmallow (betul ke eja?)...sbb kanak2 so kita pun boh la candy skit, tak nak buat yg berberan-beran sbb CC ni nak dibawa ke sek, nanti kan comot plak baju sekolah dgn krim pelbagai..

Is punya request nak dlm kotak 1 -1 mcm ni, so kalau student yg tak nak makan kat sek boleh bawa balik rumah makan, kotak ni dilipat oleh bonda tercinta dan En.suami tersayang....hahahaha

ini la rupa CC yg dah di bubuh dlm kotaknya...

penuh peti sejuk ...sib baik muat semua...nak ucapkan terima kasih kepada Is sbb order, kepada bonda dan En Suami yg menolong sampai kul 1 pagi....dan tak lupa pada Allah swt yg melimpahkan rezeki kepada hambaNya...

Isnin, September 12, 2011

Kek Batik Marie berlapis

Kek ni dah lama buat, dah lama upload tapi baru nak post... selalu buat kek ni main campak ja biskut marie, tp yg ni style lain sikit,...kena susun bagi nampak lapisan. resepi ni amik dari Hana's family...copy paste ja resepi tu...minta maaf ye kak hana...tak larat nak taip..

ni la rupanya....nampak tak berlapis, mcm kek lapis...

ni sesi membungkus dan disimpan dlm peti sejuk...

ni sesi melapis kek batik ....

ni plak sesi menyusun biskut marie....nampak tak yg serdak/habuk kat bwh roti tu, itu ialah taburan badam dan nestum (ikut suka ja...hihihi)

lapisan bawah sekali...

Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat - buh 1/2 or 3/4
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1sk nescaffe - optional
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.*boleh rujuk step by step di SINI.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.

Ahad, Ogos 28, 2011

Sambungan dr SEBENARNYA....

ok sambungan dr entri yg SEBENARNYA...lepas lorekkan coklat masakan hijau, then amik la lidi (pencungkil gigi) buat la garis mcm pic diatas

dah siap digaris beginila rupanya...

dah siap garis kena la buh balik partition tu then buh la dlm peti ais utk bagi coklat tu cepat keras..

dah sejuk pun coklat tu, boleh la di patahkan utk disimpan....patah mengikut partitionnya ye...jgn patah ikut suka hati, nanti mcm saiz jdnya biskut ni...
ni plak ikut resepi chef asma, cuma beza, chef asma tak bubuh rice bubble, aku ubah sikit.....

lupa lak nama biskut ni, tp bahan2 cukup senang, cairkan coklat masakan dan peanut butter, then buh la apa yg korank na buhh, contohnya badam, kacang, kismis, ceri, cornflakes atau rice bubble..

Ok ni nak buh resepi Shortbread.

300 gm  tpg gandum
80 gm gula castor
80 gm serbuk badam
110 gm tpg susu
250 gm butter

Hiasan
330 gmCoklat masakan (coklat ) dan coklat masakan warna lain
1 sdk shortening

Cara2
Satukan semua bahan A bagi jadi mcm bread crumbs pastu tempek2kan kat dlm dulang shortbread. Pastu bakar, suhu 150 c selama 20 minit. lepas tu biarkan sejuk

sementara tunggu doh sejuk boleh la cairkan coklat (coklat) secara double boil, campur dgn shortening. Bila  doh dah sejuk tuangkan coklat msakan cair tadi, lepas tu boleh la lorekkan dgn coklat masakan warna yg lain.. cara2 mcm pic diatas. Resepi ni diambil dari blog juicycafe (kak shuhairi). mmg resepi blog ni sedap2 dan menjadi.... cubalah....

Jumaat, Ogos 26, 2011

Sebenarnya....

Sebenarnya...sebenarnya...sebenarnya....sebenarnya lepas sahur tadi saya nak upload pic saya buat biskut Shortbread, tapi line punya la slow, sempat upload 2 pic ja...nanti saya cuba lagi. Semalam buat shortbread utk kali ke 2, yg pertama dpt 100 biji. 50pcs bg adik, 50 pcs bagi makcik. Sebenarnya kawan adik nak juga shortbread ni, so buat la utk kali ke 2 semalm. Dia nak 100 pcs, tp sori la dear ye, sbb loyang shortbread cuma boleh buat 50pcs,adunan tu boleh buat 2 loyang ja....padahal saya tak pernah jual kuih raya....ni la dikatakan Allah Maha Pemurah,Pemberi Rezeki...tetiba jadi penjual kuih raya.. Mesin jahit dah tutp, this year mmg dah budjet buat kain tingkap,baju kurung awal, at least seminggu sblm raya boleh la nak buat kerja rumah or kuih raya....masa itu emas..tgk la dulu 2 pic ni...huhhuhu

doh @adunan kat bawh sudah dibakar, dibiar sejuk then buh la coklat masakan yg dicairkan

kemudian lorekkan coklat masakan pandan seperti diatas....*coklat utk lorek ni boleh guna yg hijau(pandan @ mint), pink (strawberi), purple(keladi @yam), oren (orenge), putih(biasa)..ada lagi color lain tak? ikut citarasa masing2...nak tabur badam pun boleh. lepas dah lorek ..... bersambung ye, tak boleh nak explain sbb pic tak upload lagi...so tunggu...bersama dgn resepi..


Rabu, Ogos 24, 2011

Kek Coklat order from my auntie........
Kek coklat moist + chocolate cream + ganache....inilah hasilnya..

order dr my auntie....