Khamis, Mac 14, 2013

Assalammualaikum....

Assalammualaikum....

Tu dia punya la lama tak buka blog, bukan takat berhabuk rasa dah berdaki dah blog ni. Oleh kerana terlampau-lampau sibuk dgn tugasan baru di tempat kerja baru, itu la yg tak update blog ni. Hari ni kira boleh la nak buka internet sbb kerja dah kurang sikit. Kalau dulu kerja tak ada cuma tolong2 staff kat sini je, sekarang mmg dah ada kerja tetap kat sini. Biasa la nak belajar benda baru merangkak-rangkak la dulu..
   Sekarang ni penat bkn sebab faktor kerja sj tp juga sbb kandungan yg dah mencecah 7 bln. Adik dah pun selamat bersalin. Dpt baby boy lagi, lahir pada 07/03 sama hari dgn birthday Putra next year leh sambut dua sekali. so nanti kita upload pic anak saudara baru kita....ok la nak stop dulu sbb hari ni tukar pc baru..as salam...

Jumaat, November 02, 2012

As salam...

As salam....
  Kelmarin adalah hari pertama saya bertugas ditempat baru, tp masih dijabatan yang sama, cuma bertukar bahagian. Kalau dulu di Pej Perumahan Tmn Free School sekarang dah bertukar ke PSUKPP  di unit kewangan.
  Tmpt bertugas pun dah bertukar dari tingkat satu di flat Tmn Free School ke Tingkat 49 Komtar Pulau Pinang. Dulu pergi kerja drive sendiri, sekarang En.Suami yang hantarkan. Kalau naik kereta kena bayar parking, tp tu tak kisah sebenarnya tp En. Suami yang berkeras nak hantar juga...so biarlah...
   Dulu waktu lunch tak pernah keluar dgn kawan2 sbbnya bila lunch selalu balik rumah sbb jarak rumah dgn ofis lama tak jauh mana pun. Sekarang lunch dgn kak Za (dulu dia pun staff Tmn Free School) so ada gak la member. Sebenarnya ramai kawan kat komtar tu, tp kalau dulu ada urusan di Komtar selalu cari kak za, sbb tu sampai sekarang pun masih cari kak za.
   Buat masa ni just tolong2 staff kat sini buat kerja, sbb next year diorang akan buat rombakan then time tu baru la tau tmpt sebenar-benarnya dan kerja yg sepatutnya dibuat. so time pun dah tunjuk pukul 5 petang...time to go back home...ttgu En. Suami kat bawah...bye..As salam

Sabtu, Oktober 13, 2012

Pokok kacang buncis..

Seronok bila tgk hasil tanaman menjadi...ni pokok kacang buncis. Setakat ni ada 3 btg kacang buncis...bkn nak makan sgt tp seronok tgk bila tanaman kita mnjadi....nanti nak tanam pokok lain plak...





Hasil kerja tanganku...

Kek hari raya yg diorder dr fifah, kek utk birthday danish dan adam dan dadih utk famili day haritu...





Buat hantaran utk Ala.

Hantaran ni ala minta tolong buatkan utk pernikahan @ pertunangan anak kwn ala. Tp x mnepati citarasa ala..bn apa ala ckp kuantiti sikit sgt...tak pa ala ttp ambik dan beri utk majlis pertunangan yg lain. Sebenarnya saya x tahu hantaran tu utk pertunangan @ pernikahan sbb tu buat yg biasa ja..




Khamis, Oktober 11, 2012

Lama tak menulis....

As salam....

Ya Allah punya la lama tak menulis kat blog, berhabuk bersawang bagai... mcm2 cerita, mcm2 hal..macam macam ada...
           Ada cerita famili day, ada cerita kerjaya, ada cerita sukan dan byk lagi cerita, mcm buletin utama plak. Kita cerita ttg famili day dulu. baru baru ni (bulan september) Keluarga Samat & Salmah ada buat famili gathering. Asalnya sepupu saya Tajol, minta sewakan banglo Jaksa di Bt Feringghi tp disebabkan fully booked saya cari la tmpt lain. Cari punya cari punya cari last dpat kat Telekom resort. Kadar sewa RM250 semalm (rumah ada 2 bilik setiap bilik ada bilik air) So Tajol pun ok dgn tmpt tu dia pun call adik beradik saudara mara utk buat famili gathering. Tajol and famili (mami,mamak,lokman,nat,nurul) sediakan air, nasi lemak dan lauk, ayam perap utk dibakar, satay...saya buat kek harijadi (kebetulan celebrate birthday Danish dan Adam), dadih, mak buat bihun dan ayin goreng bebola. Acu plak buat puding roti,salad buah, muffin...tak tertulis punya la kaya dgn makanan ada yg bawa sosej, kek batik, nasi tomato, makanan mm tip top..best sgt2..
     Malam lepas maghrib kami turun ke laut utk memulakan upacara BBQ...saya siap standby bunga api dan pop pop...saja bagi kanak2 seronok. Mlam tu mmg best ramai sepupu sepapat yg join, makcik pakcik pun sporting dtg wlaupun terlambat.... resort tu plak ada kolam mandi apa lgi...terjun la, tapi kanak2 ja..yg mak2 ni keesokkan hari baru turun kolam..hihihi.
     Sebab famili day tu menjadi, so kami akan teruskan tradisi ni, next nak buat kat banglo Jaksa tp sbb banglo tu nak direnovate so tak jadi. Kami akan ikhtiar cari tmpt lain. Sebenarnya makcik ada tanya pada anaknya yg sorang ni, ttg banglo tmpt kerja dia, tp mcm2 alasan dia bagi. so makcik pun dah tawar hati nak tanya lagi. Tp yg peliknya bila famili belah isteri dia, senang je dia sewakan banglo yg cantik tu...makan hati la makcik saya ni. Tak pa ada cara lain tak dapat banglo cantik tu pun tak pa...kami masih boleh ikthiar cari tmpt lain. Janji kita enjoy!!!!....

      Berbalik kepada cerita kerjaya pula. Alhamdulillah setelah 9 tahun memberikan khidmat sbg Pem.Tadbir Kew di Rancanngan Perumahan, saya dpt rezeki bertukar ke tmpt kerja baru, unit baru,kwn2 pun akan bertambah insyallah... saya harap dgn penghijrahan ke tmpt baru saya boleh belajar sesuatu yg boleh meningkat mutu kerja, sbb apa yg akan saya pelajari lain dari yg saya lakukan di tmpt lama. Buat masa ni saya di beri sebulan utk mengajar pekerja2 baru yg akan menggantikan tmpt saya. ...so jumpa di KOMTAR bulan November ni, doakan saya...

   Banyak lagi cerita tp dah penat menaip...nanti saya uploadkan gambar2 yg berkaitan saja...hihihi As Salam...

Selasa, Julai 31, 2012

Cc yg diorder my cousin dan puff eclair

Baru2 ni cousin saya yg study kat kl order cc utk birthday kwn dia, bila dah siap saya bg cc tu pd ala (mama cousin @ makcik saya la)yg mmg nak ke KL time tu. Alhamdulillah dpt feed back yg memuaskan..
Yg puff tu plak saja ja balik kerja buat, aiman suka sgt, 3 hari direct buat puff tu..sbb aiman yg suruh...en.suami jgn kata la dia mmg suka mcm ni semua..mana tak tumpah kuah kalau x ke nasi..Kali ni buat puff sgt2 puas hati sbb menjadi sgt...mmg takkan ambil resepi lain. resepi ni di ambil dari blog juicycafe...
Cream puff yg sudah masak, tp blm di masukkan whippin cream..makan saja pun dah sedap...

dah di bubuh whipping cream coklat, dan atas tu bubuh coklat masakan dan di tabur cashew nut.
Cc yg diorder dr Husniah.