Selasa, Julai 31, 2012

Kebab tortila

Baru2 ni terlintas nak buat something yg lain. So kebtulan balik dr kursus di komtar saya singgah pasific..tgk2 ada roti tortila..terus terpikir nak buat mcm kebab..so beli apa yg patut utk buat kebab. Jom tgk bahan dan cara2 nya
Sos yg digunakan.
Roti ni la yg dibeli di pasific...bila masak jd ranggup
Burger daging...pakai je brand apa pun tak pa, ikut kreativiti masing-masing.
Goreng daging burger mcm ni, potong kecil. tak payah bubuh minyak..nanti dia keluar minyak sendiri..
Sayur2an yg disagat dan dipotong dadu.Terdiri dr Kubis, carrot, timun, bwg besar dan apple hijau.
Ininlah hasilnya.
caranya.
1. Ambil mangkuk. Masukkan sos2 td, ikut citarasa masing2 yg, yg mana suka lebih, masukkan lebih ye, kalau kurang, kurangkan lah ye...
2. Masukkan daging burger dan sayur2an dlm mangkuk.Gaul sebati.
3. Ambil cheese, koyak2kan gaul. Kalau suka cheese jenis lain pun boleh. suka -suka hati, mcm kata Chef Ammar El Ali dlm hidangan barakah..
4. Lepas tu letak adunan td atas roti tortilla, kemudian suka-suka hati la nak lipat 2 ke 4.
5. Panaskan kuali (yg leper) letak roti td. Agak2 cheese dah cair, roti pun dah nampak ranggup boleh la angkat.
6. Akhir sekali...buka mulut besar-besar dan masukkan roti ke dalam mulut...selesai..
Resepi ni mudah je, ok selamat mencuba. Mcm kata Chef Ammar "masak dari Hati, masak dengan Iman" insyallah sedap....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?