Khamis, Julai 21, 2011

Karnival Kolej Komuniti Bayan Baru

Beberapa minggu yg sudah, Kolej Komuniti telah membuat karnival di depan padang Kuarters Harmoni (kat rumah aku la). Kat karnival tu ada mcm2 program antaranya, demo menghias kek, jahitan, solekan dan kecantikkan, peraduan mewarna utk kanak2, sukaneka utk org ramai yg dtg, ada juga pendaftaran tbg haji. Mai nak crita 1 per 1. Hari Karnival tu pg2 sekali ada pertandingan mewarna utk kanak2. Sambil kanak2 dok mewarna kita boleh la melawat program yg dianjurkan oleh KKBB. Ada demo menghias kek, mula2 chef tunjuk cara nak mendeko kek cawan, lepas dia buat dia bagi peluang kat org ramai, aku la antara yg mencuba..hahaha jgn lepaskan peluang..so crita pun panjang apa kata ushar dulu gambar2 kat bawah ni..sambil tgk nanti aku story lagi...
Comotnya muka abang pakai bedak...ni bkn apa kelam kabut sbb bangun lambat

Aiman bangun je tidur tak sempat mandi pun dah turun ke Karnival dpn rumah....lari bkn main sbb kat padang so dia boleh lari mana dia suka...ahaha

Ni peraduan mewarna utk kanak tadika...byk tadika yg ambil bahagian...sbb tu uniform tadika ada macam2 wana kat sini...abang pakai baju biasa ja...
Pentas Perasmian, pentas Forum perdana..

Ni tak start lagi, dok ready la bila boleh mula...

Putra bawa pensil warna dia sendiri sbb dia lambat, dok ingat tak dapat dah la pensil warna free, alhamdulillah dpt juga...
Kartun Tom N Jerry......sblm color, lepas color tak sempat nak amik gambar,abg dah bagi dkt urus setia yg kutip kertas ...
Ada juga pameran dari Majlis keselamatan Jalan Raya, ttg eksiden kat jln raya, gambar2 eksiden dan mayat2 yg terbabit dlm eksiden...ngeri la juga, tak amik pun gambar. Selain tu ada juga dari Pertahanan Awam. diaorang bawa beberapa spesis ular, lepas tu tgh hari depa buat pertunjukkan nak tangkap ular...agak geli la juga nengok ular sawa tu...
Ular Sawa dok lena.....ZZzzZZZzzz

Contoh ular yg dibawa oleh pasukan pertahanan awam...ular air,ular pokok,ular sawa...
Ni plak bahagian Jahitan Langsir...cantik sungguh, ada juga pattern yg pernah aku belajar. Dulu pernah join kelas jahit langsir kat kuarters hospital, lepas 3 kelas cikgu nak berhenti sbb jauh, dia duduk kat sg petani...tpi mmg berbaloi la dgn bayaran....berbaloi sgt. So la ni kain langsir rumah buat sendiri ja...upah kalau mak ooii mahal nya tak termasuk kain plak tu..so pada sapa2 yg baca blog ni, kalau masih muda tu jgn sia2kan waktu p belajar, tak rugi...

Yg baju merah tu jiran aku, dia pun mendaftar utk kelas menjahit langsir....kalau amik under kolej komuniti tak mahal,ilmu mmg padat, tak rugi (bkn nak promote Kolej komuniti na).

Masih kelas menjahit,tpi bukan jahit langsir, yg ni jahit buaian baby...cantik,nampak kreatif. Aiman pun suka...
Gubahan buah betik dari chef dan pelajar KKBB..cantikan..

Buah tembikai yg digubah menjadi bunga...

Chef dan student tgh get ready nak tunjuk demo, yg color2 tu adalah buttercream ya...baru teringat sapa2 yg nak amik bidang seni kulinari ni kelas nya di kolej komuniti lain, area seberang lupa lak nama tmpt tu...

Chef tgh bersungguh2 mendeko..hihihihi
Antara kek yg telah dideko..ada yg rumput (mcm aku pernah buat kat putra), ada yg mcm bunga carnation...

Yg paling best bila chef tunjuk buat bunga ros...mmg excited sgt la aku.... dok cuba juga sendiri tapi tak boleh2..

Ha ni la yg chef deko, ada bunga ros,matahari,carnation dan rumput.....lepas chef deko budak2 punya la suka,depa amik habis cupcake ni....
Cantikkan?..mmg cantik bunga ros ni..geram aku tgk...

tara....nampak tak yg sebelah kanan punya ros, tu aku la buat...hahhaa boleh la, tapi aku punya ros kembang sgt...yg sebelah tu ada sorang kakak buat,dia mmg dah terer tpi nak tunjuk juga ketere-ran dia kat chef...

Ni pertahanan awam tgh do buat demonstrasi nak tangkap ular... jgn tgk bontot abg rela tu plak...tgk ular ja ya..
Aiman lepas balik karnival tu mandi then tidur sbb letih berlari...
Kat kanival tu juga aku mendaftar dengan tabung haji , tak payah bayar apa free deposit utk buka akaun tbg haji, lepas 2 minggu aku dapat buku tbg haji ..lepas ni boleh la menabung utk pergi haji..insyallah. selain gambar2 kat atas ni, aku ada juga pergi demo kecantikan, depa cuci muka dan buh mask kat muka, mask plak color hijau, anak aku pun seriyau tgk muka ibu dia,dah mcm hulk...hahahaha tp yg tu kena bayaran rm 25, kalau tau kena bayar tak mau p try....hihihii(nak free saja).
Ni plak acara sukaneka...aku dgn mak masuk pertandingan "masukkan benang dlm jarum" tapi tak menang pun..sbb silap informasi ttg cara permainan, kalau tak mmg dah menang...senang ja nak masukkan benang, sbb mmg aku dok buat hampir tiap2 hari (dok menjahit) tapi rezeki terletak di tangan Allah s.w.t...so terima ja la...ok abis sudah stroy ttg karnival KKBB...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?