Isnin, Ogos 01, 2011

Ramadhan Kareem

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...Selamat menyambut bulan Ramadhan. Pejam celik,pejam celik dah bulan Ramadhan...sebenarnya rasa seronok sgt bila berada dlm bulan Ramadhan ni, seronok ni tak tau nak bagitau mcm mana. Dulu masa kecik-kecik kalau mai bulan posa seronok jugak, tapi seronok sbb nak tunggu raya...tapi bila dah matang (dah berkeluarga) baru tau lagi seronok sambut ramadhan. Seronok kejar pahala yg berganda-ganda...bulan ni saja yg ada mcm ni, istimewanya bulan Ramadhan Tuhan cipta untuk umat Muhammad s.a.w...rebutlah peluang selagi kita diberi kesempatan ini....Nak imbas balik bulan Ramadhan time kecik2 dulu...Dulu kalau nak buka posa, jiran2 pakat dok hantar sana, hantar sini, kita pulak pakat membalas, satgi hantar rumah makcik lijah, makcik dah, makcik timah, makcik ila,rumah cik A'....lepas tu bila dah selesai berbuka posa,time ni la ada turn basuh pinggan...mula2 mesti la yg sulung kena..hahaha pastu yg lain tak terlepas, kalau berbuka kakak yg basuh, time bersahur aku la plak kena, keesokkan hari berbuka adik plak yg kena begitulah rutin sepanjang bulan posa...
Bila time nak hujung2 posa, mak nanti buat kuih, kami 3 beradik ada juga bahagian masing2...mak akan buat dan tekap doh, aku bahagian deko biskut, kakak plak bahagian  bakar membakar, adik bahagian apa ntah tak ingat dah. Bila dekat2 nak raya plak, ada juga bahagian kami masing, kakak bahagian bersih,sapu-menyapu, aku plak bahagian buh kain langsir dan dapur, adik kena cuci tingkap dan buang sampah. Mcm tu la rutin bulan posa time kecik2 dulu....la semua dah berkeluarga lain la plak caranya....
So sempena kedatangan Bulan Ramadha ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Selamat menjalani ibadah berpuasa, minta maaf jika ada salah dan silap kepada sesiapa saja, aku juga memaafkan sesiapa yg ada buat salah kat aku....Ustaz kata kalau tak minta maaf masa bulan posa, amal ibadat kita tak diterima sbb org tak maafkan kita...bukan raya saja minta maaf k....ok Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?