Ahad, Ogos 28, 2011

Sambungan dr SEBENARNYA....

ok sambungan dr entri yg SEBENARNYA...lepas lorekkan coklat masakan hijau, then amik la lidi (pencungkil gigi) buat la garis mcm pic diatas

dah siap digaris beginila rupanya...

dah siap garis kena la buh balik partition tu then buh la dlm peti ais utk bagi coklat tu cepat keras..

dah sejuk pun coklat tu, boleh la di patahkan utk disimpan....patah mengikut partitionnya ye...jgn patah ikut suka hati, nanti mcm saiz jdnya biskut ni...
ni plak ikut resepi chef asma, cuma beza, chef asma tak bubuh rice bubble, aku ubah sikit.....

lupa lak nama biskut ni, tp bahan2 cukup senang, cairkan coklat masakan dan peanut butter, then buh la apa yg korank na buhh, contohnya badam, kacang, kismis, ceri, cornflakes atau rice bubble..

Ok ni nak buh resepi Shortbread.

300 gm  tpg gandum
80 gm gula castor
80 gm serbuk badam
110 gm tpg susu
250 gm butter

Hiasan
330 gmCoklat masakan (coklat ) dan coklat masakan warna lain
1 sdk shortening

Cara2
Satukan semua bahan A bagi jadi mcm bread crumbs pastu tempek2kan kat dlm dulang shortbread. Pastu bakar, suhu 150 c selama 20 minit. lepas tu biarkan sejuk

sementara tunggu doh sejuk boleh la cairkan coklat (coklat) secara double boil, campur dgn shortening. Bila  doh dah sejuk tuangkan coklat msakan cair tadi, lepas tu boleh la lorekkan dgn coklat masakan warna yg lain.. cara2 mcm pic diatas. Resepi ni diambil dari blog juicycafe (kak shuhairi). mmg resepi blog ni sedap2 dan menjadi.... cubalah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?