Isnin, September 12, 2011

Kek Batik Marie berlapis

Kek ni dah lama buat, dah lama upload tapi baru nak post... selalu buat kek ni main campak ja biskut marie, tp yg ni style lain sikit,...kena susun bagi nampak lapisan. resepi ni amik dari Hana's family...copy paste ja resepi tu...minta maaf ye kak hana...tak larat nak taip..

ni la rupanya....nampak tak berlapis, mcm kek lapis...

ni sesi membungkus dan disimpan dlm peti sejuk...

ni sesi melapis kek batik ....

ni plak sesi menyusun biskut marie....nampak tak yg serdak/habuk kat bwh roti tu, itu ialah taburan badam dan nestum (ikut suka ja...hihihi)

lapisan bawah sekali...

Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat - buh 1/2 or 3/4
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1sk nescaffe - optional
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.*boleh rujuk step by step di SINI.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?