Khamis, Mac 08, 2012

Expo Halal di Pisa

25 Februari lalu ada karnival @ Expo Halal di Pisa. Lama rasanya tak pergi expo halal tu, ye la setahun sekali terasa la lamanya tu. Expo kali ni gerai @ penglibatan peniaga2 tak banyak, last year banyak sungguh. Tak tahu lah kenapa jadi rupa gitu, mungkin tak ramai peniaga yg tahu Expo Halal utk tahun ni kot..rasanya la. Selain gerai jual makanan ada juga gerai yg jual Al-Quran digital, perbankkan, pakaian dll. Yg paling best, bila dapat merasa makanan kat gerai, ye la walaupun kecil saiz percubaannya at least kita tahu kesedapan sesuatu makanan, tak la membazir kalau beli than balik rumah tak sedap. Apa yang saya beli kat expo tu?..hihihi byk juga la saya beli.

1. 1 Fish tempura + 2 bungkus Udang celup tepung (spicy) +percuma 1 botol mayonis
2. Serunding popia + kerepek ubi (pedas) + simpulan kasih
3. Murtabak King (saiz kecik cukup la utk 1 org makan)
3. Dodol (mmg sedap rugi beli 1)
4. Keropok lekor 2 set (mkan sambil jalan (sungguh kurang sopan kan

ada lagi tp tak ingat la... kalau tahun sudah ada 3-4 gerai jual produk berasaskan coklat, tp this time cuma 1 je...sadis tul, dah la saya pengemar coklat. Ada juga jual roti/biskut, tak tau la nak tulis, sbb last year banyak sgt... walaupun dis year tak berapa banyak gerai, tp Expo ini dpt menarik perhatian penduduk Penang dengan menampilkan Ustaz Don, Ustaz kesukaan Aiman. Dia punya suka Ustaz Don sampai duk atas stage..Aiman mmg minat dgn Ustaz Don, pantang tgk tv alhijrah mesti tanya Ustaz Don. Pukul 2.30 Ustaz Don buat mcm ceramah dgn Ustaz Akhil Hay dan Waheeda Wasini. Malam plak ada Konsert Simfoni Mahabbah, antara artis yg membuat persembahan malam tu ialah, Mawi, Ustaz Akhil Hay, Kumpulan Hijjaz, Ustaz Don dan band dr Penang. Jom kita layan gambar. Oops gambar band dr penang tak amik sbb penyanyi band tu mmg kenal sgt 1 kampung hihiihi..ambil gambar org yg susah nak jumpa je...

Ustaz Don Daniyal B Don Biyajid

Untuk Persembahan malam, Ustaz Don tak nyanyi,Ustaz Don bercerita ttg Rasulullah saw, mmg menyentuh hati sampai bertakung air mata, tak jatuh lg sbb control. Aiman pun tahun Ustaz Don sedih siap tanya "ibu,  Ustaz Don sedih ta?" ibu angguk je..

Kumpulan Hijjaz, agak menarik persembahan malam tu, sbb mula2 Ustaz Don cerita then Ustaz stop kat fatamorgana then Hijjaz masuk nyanyi lagu Fatamorgana, lepas tu sambung dgn Akhil Hay, Mawi dan Band apa nama ntah..
Hijjaz nyanyi 6 buah lagu, paling saya suka lagu Sumayyah wanita pertama yg mati syahid..Mmg best sora Munir, mmg dari dulu minat lagu2 kumpulan Hijjaz..
Mana pic Mawi dan Ustaz Akhil Hay.....nantikan di entry akan datang (sbb pic dorang dlm phone, pic di atas ni dr camera..hihihi) tunggu ada dgn Video Clip sekali...tunggu tau..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?