Rabu, Januari 27, 2010

Oreo Fantasy cheese cake

Kek ni campur dari 2 org chef, satu chef anuar dan lagi satu chef tan so fong aku pun tak ingat nama chef no2 ni...tapi aku beli buku dia RM56. dlm buku ni tunjuk cara2, resepi, bahan2 yg diperlukan, mmg berbaloi.. buku chef anuar pun berbaloi ada tunjuk kek, puff dan pastri, roti,puding satu persatu selain tu buku ni juga ada ajar cara mendeko buku ni rm 19.90 (kalu tak silap la)

Hari isnin baru ni aku cuti, Aiman demam. So ambil kesempatan ini untuk hangat kan dapur. Aku wat kek ni sebab kwn kat ofis dah janji masing2 nak bawa makanan. so aku pun wat la oreo cheese cake. pic yg atas ni adunan untuk kek span, resepi kek span ni aku ambil dari buku cheeff anuar.
ni plak krim untuk lapisan dan topping kek. krim terjadi apabila krim cheese+whipping topping+biskut oreo+sedikit geletin
Yg ni gambar kek yang dah di lapis dan disalut dengan krim keju di atas
ni plak kek yg di saluti coklat ganache slepas dibaluti dgn krim keju
ni kek yg dah siap untuk dimakan
ni saja yg aku buat utk makan2 hari selasa. Fifah bawa samosa dgn kek chiffon, kak za plak bawa bihun goreng, cok keria dan puding laici manakala liza plak bawa lontong...ermm semua sedap2 belaka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?