Khamis, Julai 19, 2012

Ramadhan tiba lagi...

As salam... Ramadhan tiba lagi...insyallah tak esok lusa kita semua akan berpuasa, seronok tak terkata nak sambut puasa....dulu kecik2 seronok nak sambut raya, tp bila dah berumur (thn ni 30 thn dah) dah ada anak-anak rasanya menunggu ramadhan lebih seronok...fikir nak kejar pahala je dlm bulan ni...lebih afdal, lebih tinggi ganjaran pada bulan puasa ni...
   Hari ni rezeki melimpah ruah bila ada hamba-hamba Allah yg bermurah hati menyedekahkan buah kurma di pejabat ni, terima kasih sgt. Dan hari ni secara rasminya saya makan kurma paling byk iaitu 3 biji...serius saya mmg tak makan kurma, pernah juga dipaksa makan kurma,saya makan segigit ja. Tp ramadhan tahun ni saya mmg nekad nak makan juga kurma sbb nak ikut sunnah Nabi saw. Alhamdulillah 3 biji hari ni... esok insyallah... so kejar lah pahala sedaya mampu, ramadhan akan datang belum tahu kita masih di bumi Allah atau tidak...Selamat Beramal & Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?