Jumaat, Julai 13, 2012

Moga Abah dirahmati Allah disana, dan ditempatkan di kalangan org-org yg soleh.Amin.

As salam, hampir 3bulan tak menulis di blog ni. Dah jarang buka blog ni sebab busy. Banyak cerita yg nak diceritakan tapi  tak sempat nak tulis sebab busy.
  Kat sini, hari ni, nak cerita ttg Abah saya yang dah kembali ke Rahmatullah pada pagi Khamis 14/06/2012 pada jam 6.10 pagi. Pagi khamis haritu, jam 6.20 saya dapat panggilan dari PakMan (adik abah), dia call cakap abah mungkin dah meninggal, sbb time tu ambulan sedang buat pengesahan. So saya bgtau mak yg tgh ambil wuduk utk solat subuh. Tp time tu mmg tgh blur sbb PakMan ckp dia rasa abah dah meninggal, tp lepas sepupu dan makcik pun telefon tanya, saya rasa betul lah abah meninggal. so lepas mandi dan solat subuh, saya gerak anak2 terus ke surau flat tg tokong. Sblm tu saya telefon adik yg tinggal di tanjong tokong utk maklumkan berita ni pada dia.
   Bila sampai di surau, makteh/makcik Ni (isteri PakMan) bgtau org lelaki tengah bersihkan badan abah. So kami semua tunggu kat luar surau dulu. Time tu yg ada saya, mak,mak teh, makcik ani, kakak2 makteh, adalah makcik2 kat tg tokong 2-3 org. Sementara tunggu saya call bos kat ofis nak bagitau tak datang kerja, sbb kerani kat situ pun bercuti. Kat ofis tu kami berdua ja yg tau buat kerja pungutan, sistem speks. Tp bos tak jawab call, jadi saya sms ja. Waktu tu mmg blur + benggong jadi tak tau nak bagitau sapa, call juga mak mentua bgtau. Tak tau nak kata time tu sbb mcm tak percaya sebab 2 hari sebelum abah meninggal ( hari selasa) abah ada mai rumah pukul 6.30 pg.
  Hari selasa abah mai pukul 6.30 pg, terkejut gak, tak pernah datang seawal tu, kalau sblm ni mmg ada la 2-3 kali tp dlm 2-3tahun sudah, waktu abah balik kerja abah mai la, tp haritu awal dia datang. Saya sempat tanya
Saya : Abah tak tidur ka?
Abah: Tak leh tidur, Abah sakit perut.
Saya : Tak pa abah p tidur kat katil putra(anak sulung saya)
Abah: tak pa la putra dok tidoq
Saya: tak pa, putra dah bangun nak p sekolah

Abah pun masuk, salin baju dgn seluar. Lepas tu dia keluar duduk kat kerusi meja makan, time tu putra pun dah p sekolah. Saya tanya

Saya: Abah sakit perut ka? angin kot (perut abah selalu angin, gastrik)
Abah: Ha dia la kot angin, bai p beli pil chi kit tek aun san
Saya: Mana kedai buka lagi abah baru pukul 7 pagi, tak pa sat bai amik ubat angin dari hospital.
Abah masuk bilik, so saya p hantar ubat angin dlm bilik abah. Lepas tu saya pun siap2 nak g kerja, abah keluar bilik lagi sekali, mak pulak tanya abah.

Mak: Abah tak tidur ka?
Abah : Tidur dah...bangun awal sebab sakit perut dengan sakit kepala
Mak: Abah mau air ka?
Abah: boleh la....

Sebelum p kerja, saya pesan kat mak tak payah masak, sbb mak puasa, balik lunch saya beli nasi ayam febret abah. Abah mmg tak makan time pagi bagi makan nestum ja abah dah kenyang. Bila tiba waktu lunch saya call mak bagitau yg saya dah beli nasi ayam yg abah suka, tp mak cakap abah dah balik sbb dia nak jumpa lawyer. So saya rasa terkilan plak kalau tak hantar nasi ayam tu kat abah, so saya call abah

Saya: Abah balik dah ka?
Abah: Ha abah dah balik rumah, ada rumah la ni
Saya: la abah balik buat apa, bai dah beli nasi ayam kat abah, abah dah makan belum?
Abah: Tak makan lagi la...
Saya: tak pa sat bai p hantar nasi ayam kat abah.
Abah: aaa boleh la, tak susah bai ka?
Saya: tak la lgipun sapa nak makan nasi ni, mak pun posa, bai dah makan kat ofis.
Abah: Aaa bai mai hantar kat abah na
Saya: Abah tunggu kat depan lif na lagi 15 minit.

So saya drive la p hantar makan kat abah. Sampai kat lobi flat tu abah dah tunggu siap. So saya bagi la makanan tu dgn kuih sardin gulung.

Saya: nah abah bai beli nasi ayam, ada kuih gulung sardin sekali
Abah: Trima kasih  na bai...
Saya: tak pa la abah bai nak balik ni nak sembahyang pastu nak p kerja balik..
Abah: ha ok.. balik elok2 .. ang tak cuci kereta ang ka? (sempat lagi abah belek kereta saya yg mmg saya tak cuci)
Saya: Nanti bai cuci..... Assalammualaikum abah..
Abah: Walaikumsalam...

Saya tunggu sampai abah masuk lif, masa abah berjalan menuju ke lif saya tgk abah tak ubah mcam arwah bapanya (tokwan samat), sedih tgk abah tak tau kenapa... lepas start kereta nak balik ke rumah saya menangis  senangis-nangisnya...tak tau kenapa, walaupun menangis dlm hati saya berdoa pada  Allah swt...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah abahku dari sebarang kecelakaan mahupun musibah, ampunkan dosa-dosanya Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan abah ku,Ya Allah..."
Saya terus menangis dari tg tokong sampai ke Penang sport club...kat situ saya cuba control sbb nanti balik mak tanya plak awat mata merah... tak nak nanti mak tanya. Itu la kali terakhir saya jumpa abah dan bercakap dengan abah.... Tetiba hari khamis abah disahkan meninggal dunia. Tp saya bersyukur sbb abah meninggal dlm keadaan yg senang, dan dipermudahkan segala urusan pengebumian abah. Syukur Ya Allah..

Masa hari abah meninggal saya cuba call kakak yg time tu tak tau dia ada dimana, sama ada di China atau Europe. sbb saya cuma ada no kakak di Australia, awal jun dia dan anak2nya berangkat dari Australia ke China, kemudian mereka mmg dah plan nak ke europe melawat keluarga suaminya disana. Lepas 2 hari abah meninggal baru kakak dpt msg dari sepupu yg bgtau kakak melalui fb. Dia terkejut sampai demam ketaq. Anak dia yg sulung (soren) pun menangis. Abah sayang soren (cucu pertama abah) kalau soren balik sini dulu abah selalu bawa soren ronda2 naik motor, abah cuma ada gambar dgn cucunya, soren ja...cucu lain mungkin sbb dok jumpa selalu kot..

Apa pun semuanya sudah selamat, Moga Allah tempatkan abah bersama-sama org yang beriman, Insyallah kami anak2 abah akan sentiasa sedekahkan bacaan Al-Quran utk abah disana..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?