Rabu, Januari 18, 2012

Assalammualaikum wbrth....

As-salam....
 Punya la lama tak up date blog....mmg bersawang berhabuk. Sebenarnya bukan tak mau up date blog tapi dek kerana ke-busy-an yg melanda hujung tahun 2011 terpaksa la pause kan apa2 yg bersangkutan dgn INTERNET...kecuali bab kerja...kerja kalau tenet tak pa...
  Apa crita ya....???? Mcm-mcm ada, ada suka, duka,gembira,bimbang, binggung...mcm -mcm ada kan?... nak crita pun byk sgt,...tgk la kalau ada kelapangan nanti dicerita-in ya....nak cerita yg mana dulu ya????..
 ok la kita crita ttg tuan empunya blog ni dulu....sekarang dah masuk tahun baru, ada azam baru tak? rasanya azam tahun yg lepas2 pun tak tertunai lagi...azam saya tahun ni nak tingkatkan kemahiran diri contohnya dlm bidang masakan kalau tahun2 sudah asyik tumpu pd kek saja, so tahun ni nak cuba juga western food ( en.suami mmg suka western food), nak cuba masakan tradisional yg jarang dibuat dirumah, selain tu nak juga cuba kuih muih melayu...byk la kategori makanan yg nak dicuba...
kat bawah ni adalah makanan yg saya buat pada tahun 2012.. jom layan...

first time buat pizza ...alhamdulillah menjadi..anak2 dgn en.suami sgt2 suka..

ni sblm bakar...

ke-esokkan hari Putra suruh buat lagi pizza...buat la utk kali ke dua...

Putra punya la makan sampai tak ingat org..,siap bawa bekal ke sekolah, dia cakap pizza ibu buat lagi sedap dari yg dok beli...hihihih suka ibu..

yg ni utk en.suami
 Hari pertama buat pizza dpt dua keping pizza....Putra dgn ayah ja makan boleh habis...tu yg Putra suh buat lagi... hari kedua buat pizza dpt 3 keping, sbb en.suami kata nak roti tu nipis inti lebih, so bila dah nipiskan roti tu ada la lebih, pizza pertama khas utk putra dan aiman(chicken sosej), pizza ke dua utk mak separuh (with pineapple) and for me separuh (w/out pineapple), pizza ke tiga utk en.suami (chicken, sosej, prawn & pineapple).. ada balance, dok esok adik (ayin) mai dia la yg perhabiskan...dia kata leh buka kedai ni...hihihi..tak dak modal lagi nak buka kedai dik oii..
  roti buat sendiri ya bukan beli siap, tak susah pun...jom kita share resepi...

Untuk Roti (ambil dri blog nanie)
200 tpg roti (pakai tpg gandum pun ok)
125ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar butter/majerin/minyak zaitun(saya pakai butter ja)
1 camca besar gula
1/2  camca kecil garam
1-2  sudu shortening
cara-caranya....3
1. ambil 3 sudu air suam + yis + gula biar sampai yis tu naik berbuih-buih
2. ayak tepung, lepas tu buat lubang di tengah2. kemudian masukkan air+yis+gula (yg dah berbuih tu) dlm tepung dan gaul. lepas tu buh shortening,gaul. then baru buh butter. gaul semua bahan sehingga jadi doh, doh tu pastikan tidak melekit atau melekat di mangkuk adunan...kalau melekat tabur sedikit tepung dan uli...jgn terlampau byk nanti keras sangat....biarkan doh naik selama 20 minit, tutup dgn kain lembap. lepas 20 minit doh dah naik tumbuk2 balik bagi dia turun lepas tu boleh la canai dan masuk dlm bekas pizza (tak ada bekas pizza pun tak pa ikut suka hati ja)..
3. kalau ikut resepi nanie, doh ni dibakar dahulu sblm di tabur intinya...tapi saya tak bakar, saya just panaskan oven lepas tu letak dulang pizza tu atas oven..

Inti-inti
Inti ni sebenarnya saya hentam saja la labu...saya buat mcm ni..
1. cincang isi ayam lepas tu perap dlm 10 minit dgn cukup rasa, lepas tu goreng ayam, dah masak sikit angkat( tak yah terlalu masak sbb sat lagi nak bakar plak)
2. potong sosej menyerong
3. potong nenas(jika mau)
4. sos preggo tradisional
5. sos tiram dlm 1 sudu makan(idea sendiri)

caranya mcm ni, mula2 letak sos preggo +  sos tiram (di campur dan digaul bru letak atas pizza). lepas tu tabur la isi ayam, sosej dan nenas. lepas tu tabur la cheese seberapa banyak yang korang nak...mcm kat rumah tu en.anak (putra) dgn en.suami mmg hantu cheese..so mcm2 cheese saya guna, ada yg buh kat hujung pizza, ada yg tabur .... dah tabur cheese boleh la dibakar..kalau ikut blog nanie, pizza ni dibakar pada suhu 18O darjah celcius selama 30 minit. tapi saya bakar bawah suhu 150 sbb risau cheese hangit...tp kena selalu pantau ye....

Selain azam meningkatkan kemahiran dibahagian dpur,saya juga berazam utk tingkatkan kemahiran menjahit, selalu jahit baju kurung biasa saja, so kalau boleh nak belajar buat baju fesyen sikit. Azam di tmpt kerja pun nak tingkatkan juga, mana tau esok2 boleh naik pangkat..hihihi apa pun Gud luck utk semua termasuk utk diri sendiri juga...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?