Isnin, Januari 17, 2011

Salam Pagi Senayan...

Salam....saja ja tulis senayan(isnin), bahasa org lama2..setengah org tak tau...so ada crita sikit pagi ni. antaranya....

1. Kereta aku hari jumaat lepas tak sihat, tgh2 bawa kereta tetiba baru perasan yg temperature naik tinggi tahap maksimum, sib baik la tak berasap, sib baik juga time tu aku dah sampai kat masjid negeri....so rest kan kereta kat masjid negeri...pelan2 balik...so hari ni mungkin aku akan pergi ke klinik kereta utk memeriksa kesihatan kereta kesayangan ku....

2. Selain kereta, tuan punya kereta(aku la tu...hihiii) pun masih tak sihat, bukan demam....cuma kerongkong masih tak baik lagi dari minggu sudah ....walaupun dah makan antibiotik. so tgh terpikir nak pergi klinik lain plak. last year pun pernah jadi mcm ni, p klinik____ masih tak baik, so aku pun p cari klinik syifa kat Gelugor, alhamdulillah ok. klinik syifa ni klinik mcm klinik biasa juga cuma ia milik Dr Danial Zainal Abidin....ada kenal? kalau nak tau Dr Danial byk dijemput utk jadi panel dlm ceramah2 seluruh Malaysia, pernah masuk Tanyalah Ustaz (TV9), forum perdana (TV1) dan lain-lain lagi....bukan nak promote yea.....saja nak share. Selain sakit kerongkong, aku juga sakit kepala dah seminggu sakit kepala....tak tau la perubahan hormon ka, perubahan cuaca ka, stress ka, dok pikir banyak ka, ntah la....kalau tahap yg tak tahan sgt aku telan ja panadol dgn kandungan paracetamol 650....baru lega....

3. Hari ni mai keja, benda pertama aku buat on PC la, kalu tak mcm mana nak wat keja, tapi sayangnya sistem perumahan down, so buat manual resit ja la utk customer.....so bila dah sistem tak ok, aku pun buka la yahoo, check email....dapat email dari Hj Lokman ( Perubatan Syifa dlm astro oasis) sbb aku ada send email tanya ttg penyakit MIL, so Hj bagi reply. Lagi 1 bukan saja dapat email dari Hj Lokman, dapat juga email dari Ustaz Kazim Elias ( penceramah dan pemilik Pusat Pendidikan Al Barakah di Perak).... sapa2 yg ada kemusykilan atau soalan ttg bab agama boleh buka laman web Al Barakah, boleh buat pertanyaan kat bah.tanyalah ustaz. Aku dapat email sbb aku ada aju pertanyaan kat Ustaz Kazim. Aku mmg minat dengar ceramah Ustaz Kazim Elias ni, bkn aku saja mak aku pun suka, byk koleksi ceramah Ustaz Kazim yg aku simpan, kdg2 dok dengar berulang2 mmg tak boring.....terima kasih kepada ustaz Kazim dan Hj Lokman. Dapat juga email dari Kak Siti Munawarah ttg saat2 Nabi S.A.W dijemput Sakaratul Maut, bergenang airmata bila baca. Mana taknya Nabi S.A.W sgt sayang umatnya...Nabi S.A.W tanya Jibril apa nasib umatnya kelak, dan Jibril jawab, 'Jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku, "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali Umat Muhammad telah berada dlmnya...kata Jibril. Sayangnya Rasul kepada umat2nya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?