Jumaat, Januari 28, 2011

Ibu Mertuaku....

Hari demi hari menghitung....hari ni mak mertua admitt kat GH, tengah hari tadi....begini ceritanya...

Awal bulan ni, mak mertua telah pergi ke Pan medic utk check penyakit asmanya, so bila masuk bilik doc, mak mertua pun bercerita mengenai penyakit asmanya disamping itu mak mertua juga ada menceritakan ttg penyakit lain. Lepas doc check, doc bagi surat kat mak mertua suruh refer ke GH. kalau tak silap tarikh yg sepatutnya mak mertua p 12/1 tapi disebabkan risau dgn penyakit ni mak mertua pun p ke GH pada 17/1.
   So lepas g refer GH, mak mertua pun mendapat satu perkhabaran yang tidak menyenangkan. so lepas dari tarikh tu mak mertua ada 2 temujanji. Lepas dah lalui semua temujanji, harini mak mertua disuruh admitt pada tghhari tadi. 2 kali aku call mak, tapi tak berjawab, so aku call abg ipar nak tanya pasal mak,then abg li kata mak tgh jumpa doc.
   Lepas lunch time, mak mertua call aku balik, tapi suara dia mmg lain, sora org baru lepas nangis.....mmg sapa dengar pun boleh tau. Aku tanya khabar mak,then tanya mak nak makan apa, so aku cakap lepas balik kerja aku g melawat, Lepas balik kerja aku balik rumah dulu, solat,mandi dan siapkan anak, pas tu baru la p hospital, sblm p aku g beli makan kat mak mertua dulu...
   So lepas beli makan aku,mak,aiman dan putra pi melawat mak kat hospital. Masa dok cari katil mak mertua, nampak husband, dia dah sampai dulu. masa jumpa mak mertua mmg mata mak org boleh tau, baru lepas nangis..tak kata mak la kalau aku,aku pun risau gak dgn penyakit ni....
   Tak lama lepas tu mak ngah, kak finas dan tanisya pun mai....so borak2 la bagi mak mertua tak pikir sgt ttg penyakit yang bakal dibedah esok pagi. Kesian jugak kat mak mertua, tak dak sapa yg teman dia malam ni, kalau aiman tak menyusu badan mmg aku dah temankan mak, tapi aiman msih menyusu badan. Anak2 mak pulak lelaki, tak dibenarkan menjaga pesakit perempuan.....mmg rasa serba salah...
    Untuk Ibu mertuaku,....moga tabah menghadapi dugaan dari Allah S.W.T...'t' harap mak cekalkan hati, dlm melalui dugaan ni....'t' doakan mak akan lebih sihat lepas pemedahan esok, 't' tahu mak kuat semangat....harap mak tabah....



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?