Artikel ni sekadar utk bacaan umum...tapi amatlah baik untuk renungan bersama...baca lah...artikel ini dipetik dari laman web iluvislam.com, oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusof
Ada byk perkara yg kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yg kita tidak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.
Malah, sesetengah drpd kita apabila berjumpa org yg pernah kita berjasa, teringat jasa kita. Kalau itu yg kita teringat,kita akan sentiasa byk mengungkit dan mungkin nanti akan ada byk halagan dlm hubungan sesama manusia.
Dalam Pertemuan kali ini, mari kita dengar pesanan Luqman al-hakim kepada anaknya.
Pesannya:"Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.
Mari kita perhalusi pesanan Luqman diatas:
1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yg kita lakukan kepada org lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.
2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.
3. Lupakan kebaikan yg pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yg pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yg dapat menilai apa yang kita buat.
Ditakuti nanti, apabila keta sentiasa ingat kebaikan yg kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.Orang yang mengungkit kebaikan yg dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai disisi Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:" Org yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api".
Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit.Habis begitu sahaja dengan sekali ungkitan.
4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita lupakan kejahatan yg pernah dilakukan orang terhadap kita.Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh melupakan kejahatan org lain.
Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan org lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Orang yang baik ialah orang yang membuat baik kepada orang yang membuat baik kepadanya, dan membuat baik kepada org yg membuat jahat terhadapnya".
Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengintai kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.
Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dlm segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yg dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
apa komen anda?