Jumaat, April 02, 2010

Kehilangan....

Hari ni tanggal 2 April 2010,bersamaan 17 Rabiulakhir tahun 1431 hijrah....pagi tadi masa on da way nak hantar Aiman ada terdengar kat Hotfm yg Din beramboi telah meninggal dunia pada jam 12.30 pagi....
Aku mmg tak dak kena mengena dgn Din beramboi, tapi dulu masa form 2 aku pernah pergi rumah Tok saudara di Gombak dgn arwah tok dan sepupuku Nurul Farhana....Arwah tok dengan mak din beramboi berkawan, masa tu aku ingat lagi mak din beramboi hadiahkan aku majalah din beramboi sbg kenangan...
Hari ni hotfm buat topik "pernahkah anda kehilangan insan tersayang", sedih gila la hari ni, dok dlm keta dok teriak bila ada pemanggil bercerita ttg kehilangan org tersayang, aku yg sedih dan teriak bila pemanggil mula menangis...sampai saat ini aku masih terasa sedih...
Yg paling menyentuh hati bila ada pemanggil pesan:

Jagalah ibubapa kita sebaik-baiknya sebelum kehilangan mereka,kerana bila mereka telah pergi bertemu Pencipta maka:
1 .Duit sebanyak mana pun takkan kembalikan mereka ke pangkuan kamu
2 Handphone semahal, secanggih, semoden mana pun takkan dapat menelefon mereka, so kalau tak boleh nak jenguk, telefon la setiap hari sekurang-kurangnya kamu takkan menyesal kelak ( telefon isteri/suami, bf/gf, dok mengumpat boleh takkan telefon mak bapak tanya khabar tak boleh)
3.Kalau duit banyak beli baju beribu pun kat mak bapak, dorang dah tak leh pakai...cuma kain kapan yg murah ja yg diperlukan...

Alhamdulillah, so far aku masih menjaga mak, aku bawa mak pergi check-up, bawa mak pi berurut di ceragem walau terpaksa korbankan waktu lunch ku setiap hari cuma hari isnin ayin bawa mak, setiap sabtu aku bawa mak p Masjid Air Itam untuk kuliah Agama,....aku nanti gelisah bila mak tak makan, selera mak sekarang tak macam dulu, aku pun kdg2 pening nak memikior apa yg mak nak makan...susah hati, sekrang ni aku tengah nak usahakan untuk berpindah kuarters dari pangsapuri harmoni ke kuarters rumah sebuah, sbb mak nak excercise senang, dah berumur nak bercucuk tanam, lagi pun kuarters sekarang ni mmg banyak problem. Dah banyak kali aku telefon tanya kuarters bawah dari bulan november tahun sudah, tapi sampai skrg bila tanya tak dak ja jawapan yg aku terima, padahal aku setiap hari lalu kat area tu dan dah byk aku tgk rumah kuarters yg keluar, tapi bila tanya diaorang kata dah di tawarkan kat org lain, atau ada org dah booking, atau dato dah booked kat org lain...aku nak kuarters tu bukan saja2 nak pindah tapi mmg problem...masalah kuarters nanti aku cerita len hari....so skrg ni nak tunaikan impian mak nak duk kuarters bawah, lagipun mak stroke duk rumah flat ni susah..so aku nak nasihat kan sini, jaga la org tua kita selagi mereka ada...esok dah tak dak menyesal tak berguna, masa tu korang kan rasa sunyinya hidup tanpa mereka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?