Ahad, Februari 28, 2010

Netball Competition

Hari ni awal pagi lagi dah keluar hantar anak-anak ke rumah mak mertua sebab hari ni aku ada netball competition kat market batu lancang, mak pulak hari ni ada kuliah tentang Maulidur Rasul kat Masjid Negeri, kelmarin kuliah tak habis so hari ni bersambung.
Perlawanan netball hari ni antara jabatan-jabatan kerajaan. Ada MPPP(juara), JPJ (naib juara), JAIP, LHDN, USM, KASTAM,PERTANIAN dan dari SUK (group aku la). Perlawanan boleh tahan sengit juga..semua terrre ... tapi nasib tak menyebelahi kami, so pulang tanpa membawa apa-apa hadiah, tapi walau tak menang, kami tetap main dgn happy tak dak stress, kalau stress lagi tak leh main...so semua cool....tapi aku frust sbb tak dapat hadiah mixer..hehehe
Perlawanan kami setakat pukul 2 ja, dapat la nasi ayam satu set, tapi aku bagi mak mertua, kesian jaga anak-anak aku. Lepas habis perlawanan aku balik rumah dulu, mandi dulu baru gi amik anak-anak.. lepas amik anak2 aku p cari lauk utk makan ...lapar...last cari kat kg rawa, lauk pun tak byk, tapi boleh la...so hari ni boleh kata hari yg penuh dgn aktiviti gak la...

Ni la team netball SUK, dari kiri Puan (Pengurus team) fara, wani, me, fara lagi, ila, puan shamsiah. Yg duduk dari kiri fara lagi, ann, dan budak comel masnila. Yang tak dak kat sini Siti dan Kak Za.
Tengah dok buat apa ni ila dgn puan?
Ni la keadaan dewan Market Batu Lancang, kadang-kadang orang buat kenduri kat sini, tapi yang tak tahan kat sini, pencemaran bau dan toilet yg cukup bersih teramat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?