Salam...Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010. Hari ni 01.01.2010. Setiap kali tiba tahun baru, selalunya orang mesti tanya tentang azam. Sebelum nak start azam baru aku nak bersihkan hati dulu dgn kesan-kesan hitam 2009, dan kesan yg baik jadikan kenangan terindah. Azam 2010
Dari segi kerjaya
1. Kalau boleh aku nak tingkatkan prestasi kerja, nak jadi pekerja yang lebih cekap, rajin, jujur, amanah,
2. Member-member ofis sume kata aku ni garang, so kalau boleh tahun baru aku nak jadi pekerja yang lemah lembut(boleh ka). Tapi dengan public selalunya aku cakap elok2, depends pada public la,
Dari segi rumahtangga
1 Aku nak improvekan diri sebagai isteri yang bijak mengurus rumahtangga dan kerjaya.
2 Nak jadi ibu yang baik, pandai, rajin, solehah pada anak-anak ku tersayang. Putra selalu kata aku ni garang, so kalau boleh nak lembut sikit...hehehe
3 Aku nak improve knowledge di bahagian dapur, nak jadi chef yg pakar dlm sume bidang masakan (kat umah la)
4 Nak rajinkan diri balik tentang bidang jahitan yg dekat setahun lebih ku KIV
Dari segi Agama
1 Aku nak jadi hambaNya yang beriman
2Aku nak mendalami ilmu agama dengan lebih lagi, nak didik anak2 pulak
Setakat ni perkara diatas ja yang lahir dlm kepala otakku....Ok la kepada sume Selamat Tahun Baru 2010 moga kehadiran tahun baru ni memberi seribu makna yang indah dlm hidup kita semua, dan moga dilimpahi rezeki oleh Maha Pemurah, moga tahun ini dijauhkan dari penyakit berbahaya dan malapetaka, dan moga dunia aman dan damai Amin Ya Rabbal A'lamin....
Jam pun menunjukkan pukul 1.30 pagi mata dah ngantuk...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
apa komen anda?