Jumaat, Oktober 30, 2009

Aku pegi kursus Cupcakes...

Hari rabu 28.10.2009, aku ambil cuti utk menimba ilmu. Aku ambil kursus cupcake kat Inasaly di Bandar perda. Kelas start kul 10.30 hingga jam 5 petang.
Ni perjalanan aku ke Bandar Perda, naik jambatan. Aku jarang p seberang so tak tau nak agak time, aku keluar pukul 8 untuk hantar anak2 ke rumah mak mentua, lepas hantar aku terus drive g seberang risau jalan jam. Pukul 9.15 aku dah sampai kat depan kondo mutiara. Kelas start kul 10.30. Nasib la aku beli metro leh la aku baca dlm keta.
Pukul 10.15 aku terus naik ke kelas. Sementara menunggu seorang lagi peserta zana, aku sempat snap pic ni, cantik sangat. Aku memang suka tengok sawah padi yg menghijau. Kalu lalu kat highway tgk sawah padi aku rasa happy sangat, tenang jiwa raga. Cantik sungguh ciptaan Yang Maha Berkuasa.
Ni plak nozel. Cikgu ina bagi untuk setiap peserta, tak ramai 4 orang ja yg belajar. Yg join kelas ni ada yg dtg dari parit buntar (makcik ani), Sg Petani (kak Jehan), dan ada yg tinggal dekat ja. Aku dari pulau. Nozel ni banyak kegunaannya. Aku mmg ada benda ni kat umah, sbb aku pun guna juga hias kek. Tp aku tak pro la, sbb tu kena g belajar nak bagi ada keyakinan sikit. Sebelum ni pun mmg ada buat cc tapi keyakinan tu kurang sket. so Alhamdullillah lepas belajar ni rasa berkobar-kobar, macam nak buka kedai ja..hehehhee
Yg ni kek yg dah siap dibakar, kelas ni selain diajar mendeko, ada juga diajar cara buat buttercream, cara nak buat coklat moist kek. Walaupun aku pernah buat benda ni, tapi resepi dan cara tak sama, tak rugi mempelajari benda baru utk tambah pengetahuan. "Tuntut la ilmu walau ke negeri China"
Ini la hasil budak baru belajar, cikgu Ina ajar cara nak buat bunga, badut, daun, reben, swirl, mcm2 lagi la. Selain tu diajar juga jenis2 topping, buttercream, fondant, piping jelly, sticker.
Ini dah habis kelas, ni antara hasil kerja peserta lain. Paling lawak makcik ani la, dia sampai fed-up buat bunga ros, tak jadi2 last dia suruh cikgu ina yg buat atas kek dia. Zana pulak cepat, sebelum ni dia pernah dtg untuk kelas fondant, so dia dah ada keyakinan, mcam kami ni baru nak merangkak la...hehehe. Habis kelas tepat pukul 5.00 ptg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?