Salam.....
Dah lama tak tulis kat blog ni, maklum la busy sangat, jaga anak2 dan mak. Ok sekarang nak citer pasal mak..dr keluar GH sampai sekarang mak tinggal kat rumah aku, sbb senang mak nak gi toilet, kat tg tokong toilet cangkung susah.
Mak Alhamdulillah sihat..dari start keluar GH sampai kelmarin mak masih berurut, masuk kelmarin dah 12 kali mak berurut, tapi tangan mak masih tak boleh bergerak, kaki mak dah kuat berbanding hari mak keluar wad, sampai nak g toilet pun kena ada org yg kena pimpin mak, alhamdulillah sekarang mak dah boleh pakai baju sendiri, pergi toilet sendiri, mandi sendiri, banyak perubahan dah..cuma tangan je tak boleh gerak lagi, tapi jari2 mak sekarang boleh la juga bergerak tapi tak kuat..kena berurut lagi.
Isnin depan aku dah start keja, anak2 aku akan dihantar ke rumah mak mentua, mak pulak dok rumah, lunch time aku akan balik rumah beli makan untuk mak. Mak cakap buat sementara mak suruh letak anak2 kat rumah mak mentua, nanti dia bila tangan dah ok mak cakap mak boleh jaga anak2 aku...aku tau mak berat hati nak berjauhan dengan cucunya maklum la mak yg jaga anak2 aku dari kecik. Lagipun mesti dia boring dok rumah sorang2.
Kat tempat keja pulak aku dengar ramai org yg kena tukar sana sini, nasib baik la aku tak ditukar, kalu tak lagi pening kepala, sapa nak tengok mak, sapa nak beli makan kat mak. Tmpt keja dengan rumah aku tak jauh 10 minit ja naik keta. kat tmpt keja pun ada kedai nasi so tak lah susah sangat.
Balik pada kesihatan mak, bab makan mak tak boleh nak telan nasi, mak cakap tak lalu makan nasi, dia suka makan bihun sup, kalu bagi nasi takat 2-3 camca ja mak makan..kalu bagi bihun sup habis la juga...aku pulak sekarang ni tgh buat baju kurung untuk diriku sendiri, tak ada masa nak ambik tempahan,tambah pulak keadaan mak yg macam ni, kalu tak mak boleh juga tolong kalu aku busy. Tengok la kalu semua dah stabil aku ambik la tempahan baju kurung.
Ok la dah lenguh leher dah dok tulis..nanti free aku citer lagi....daa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
apa komen anda?