Khamis, Oktober 11, 2012

Lama tak menulis....

As salam....

Ya Allah punya la lama tak menulis kat blog, berhabuk bersawang bagai... mcm2 cerita, mcm2 hal..macam macam ada...
           Ada cerita famili day, ada cerita kerjaya, ada cerita sukan dan byk lagi cerita, mcm buletin utama plak. Kita cerita ttg famili day dulu. baru baru ni (bulan september) Keluarga Samat & Salmah ada buat famili gathering. Asalnya sepupu saya Tajol, minta sewakan banglo Jaksa di Bt Feringghi tp disebabkan fully booked saya cari la tmpt lain. Cari punya cari punya cari last dpat kat Telekom resort. Kadar sewa RM250 semalm (rumah ada 2 bilik setiap bilik ada bilik air) So Tajol pun ok dgn tmpt tu dia pun call adik beradik saudara mara utk buat famili gathering. Tajol and famili (mami,mamak,lokman,nat,nurul) sediakan air, nasi lemak dan lauk, ayam perap utk dibakar, satay...saya buat kek harijadi (kebetulan celebrate birthday Danish dan Adam), dadih, mak buat bihun dan ayin goreng bebola. Acu plak buat puding roti,salad buah, muffin...tak tertulis punya la kaya dgn makanan ada yg bawa sosej, kek batik, nasi tomato, makanan mm tip top..best sgt2..
     Malam lepas maghrib kami turun ke laut utk memulakan upacara BBQ...saya siap standby bunga api dan pop pop...saja bagi kanak2 seronok. Mlam tu mmg best ramai sepupu sepapat yg join, makcik pakcik pun sporting dtg wlaupun terlambat.... resort tu plak ada kolam mandi apa lgi...terjun la, tapi kanak2 ja..yg mak2 ni keesokkan hari baru turun kolam..hihihi.
     Sebab famili day tu menjadi, so kami akan teruskan tradisi ni, next nak buat kat banglo Jaksa tp sbb banglo tu nak direnovate so tak jadi. Kami akan ikhtiar cari tmpt lain. Sebenarnya makcik ada tanya pada anaknya yg sorang ni, ttg banglo tmpt kerja dia, tp mcm2 alasan dia bagi. so makcik pun dah tawar hati nak tanya lagi. Tp yg peliknya bila famili belah isteri dia, senang je dia sewakan banglo yg cantik tu...makan hati la makcik saya ni. Tak pa ada cara lain tak dapat banglo cantik tu pun tak pa...kami masih boleh ikthiar cari tmpt lain. Janji kita enjoy!!!!....

      Berbalik kepada cerita kerjaya pula. Alhamdulillah setelah 9 tahun memberikan khidmat sbg Pem.Tadbir Kew di Rancanngan Perumahan, saya dpt rezeki bertukar ke tmpt kerja baru, unit baru,kwn2 pun akan bertambah insyallah... saya harap dgn penghijrahan ke tmpt baru saya boleh belajar sesuatu yg boleh meningkat mutu kerja, sbb apa yg akan saya pelajari lain dari yg saya lakukan di tmpt lama. Buat masa ni saya di beri sebulan utk mengajar pekerja2 baru yg akan menggantikan tmpt saya. ...so jumpa di KOMTAR bulan November ni, doakan saya...

   Banyak lagi cerita tp dah penat menaip...nanti saya uploadkan gambar2 yg berkaitan saja...hihihi As Salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?