Isnin, Ogos 15, 2011

15 Ramadhan....lagi 15 hari nak raya....

 Assalamualaikum....
    Macam mana dengan nikmat2 yg Allah beri kepada anda harini?sihat? kurang sihat? semua ada hikmahnya...sebenarnya baru2 ni saya ada beli buku majalah I, part last sekali, penulis ada kata kenapa kita selalu tanya org dgn apa khabar? kenapa kita tak tanya dgn perkataan2 yg mengingatkan kita pada Maha Pencipta, Allah s.w.t? saya bukan tiru, tapi kalau benda yg baik, yg mendatangkan pahala, yg boleh membuat kita ingat ttg Pencipta kita, kenapa kita tak ambil ini sebagai satu perkara yg baik utk menjadikan diri kita lebih mengingati Allah s.w.t...betul tak?
  Hari ni dah 15 hari umat Islam berpuasa, Alhamdulillah semua lancar. Hari ni dtg kerja buka lagu2 Maher Zain. Bulan-bulan mulia ni elok la kita cucikan telinga dengan mendengar lagu2,zikir dan bacaan ayat2 suci Al-Quran...pahala berlipat kali ganda. tak nak ke? nak kan...
     So sepanjang bulan ramadhan ni, Alhamdulillah masih penuh lagi puasa, tpi minta la agar 10 malam terakhir ramadhan tak uzur... sbb 10 mlm terakhir la lagi berlipat-lipat kali ganda pahala, yg penting 10 malam terakhir terdapat Lailatul Qadar...
     Ok, nak cerita pasal lain plak. Sehari sebelum berpuasa, saya ada beli sebuah buku yg bertajuk "Akhirnya aku temui cinta-Mu....lalu aku pun peluk Islam" mmg best sgt2 buku ni( saya akui sblm ini saya tak suka membaca mmg tak minat, tp lepas baca buku ni makin suka plak membaca), hampir setiap pengalaman saudara baru yg memeluk Islam, saya menitiskan airmata, ada yg sedih, ada yg gembira...tp yg best cara mereka dpt hidayah dr Allah s.w.t....mmg tersentuh. Ada yg tak diterima keluarga, ada yg nak ditembak oleh bapa sendiri, dilempar kain baju keluar dari rumah, mcm2. Tapi ada juga famili yg boleh menerima ahli keluarga mereka yg memeluk Islam. Ada yg peluk Islam dpt hidayah dari nama Islam, ada yg dpt dr mimpi, ada yg dpt melalui buku2 agama yg mereka kaji. Dlm buku ni pengarang bukan saja menulis ttg saudara baru yg memeluk Islam di Malaysia , tapi ada juga  dari Amerika, Indonesia dan negara2 Europe.
  Antara insan2 yg terpilih oleh Allah s.w.t yg dpt hidayah ialah, Lauren Booth(adik ipar Tony Blair), Loon (penyanyi rap USA), Pemain bola terkemuka dan terkenal (ramai pemain bola peluk Islam), anak saudara Dr Ridhuan Tee Abdullah, Nazeri Johan (bekas kum. Raihan), Hafiz (bekas kum X-factor), Bekas Perisik Rusia, Bekas2 Paderi (ramai), bekas sami, Jermaine Jackson (abg Michael Jackson), Susan Manen (pelakon), Ibu Ning Baizura, bekas ketua kump yg mengharamkan kubah Masjid (tak ingat dr negara mana tp yg pasti di Europe), Mike Tyson...ramai lagi tak ingat ...
      Jom nak crita serba sikit ttg perubahan diorang... Lauren Booth, anak2 nya org yg paling gembira sbb selepas Lauren peluk Islam, dia tak pakai baju yg seksi2 malah mengenakan selendang dikepala dan tak lagi minum arak, dan dia juga sedang mempelajari Al-Quran, katanya Islam itu Indah tak seperti yg dibayangkan oleh sesetengah orang yg dipengaruhi oleh hasutan2 pihak Barat. Mike Tyson, selepas keluar dr penjara tmpt pertama yg dia pergi adalah Masjid, dia pergi menunaikan solat bersama dgn kawan2nya yg dah peluk Islam, antaranya ialah MC Hammer, paling sebak bila baca time dia pergi Umrah, pengawal peribadi dia bg tahu yg Mike Tyson menangis sungguh2 ketika menunaikan Umrah, menyesali dosa2nya yg lalu, sehingga sampai 1 tahap dia akan pergi basuh tangan bila dia nak pegang kanak2....
  Ada juga bab Michael Jackson, abgnya berkata kalau MJ masih hidup mesti sekarang ni dia sedang tolong umat Islam seperti Palastine. Ditanya betulkah MJ peluk Islam? nak tau lebih lanjut beli la buku tu ok...tp yg pasti MJ telah pun menukar pengawal peribadinya dr bukan Islam kepada pengawal peribadinya Islam, selain itu MJ juga telah menyertai satu kumpulan Islam, (kump ni membantu org Islam, lupa la nama kump.ni), selain tu MJ juga menjalinkan hubungan bisnes dgn org2 Islam.
    Di Malaysia plak, ada cerita seorang anak paderi yg peluk Islam hampir di tembak oleh bapanya dgn senapang, tp dpt ditepis oleh ibunya,last2 bapa yg nak tembak td peluk Islam, lebih terharu bila bapanya menwakafkan 2 bidang tanah utk dibuat sek.Tahfiz, cerita Ustaz ni sedih juga. Ada juga bapa kepada 2 beradik yg peluk Islam, minta anak yg sulung membacakan Yasin ketika dia sedang sakit(walaupun bapanya bukan Islam). Terlalu banyak cerita2 yg menyentuh hati....
    Disini kita boleh sedar, betapa untungnya kita dilahirkan sebagai Islam, sedangkan saudara-saudara baru melalui pengalaman2 yg susah dlm mencari agama Allah s.w.t, mereka dihalau keluarga, dicemuh masyarakat sekeliling, ada yg poket kering, ada yg dipukul...tpi Alhamdulillah kehidupan mereka dipermudahkan oleh Allah s.w.t. dan sehingga sekarang mereka masih Islam dan paling membanggakan ada dikalangan mereka bergelar Pendakwah, Ustaz, Dr, Dato...bkn pangkat yg kita cari tpi dgn keikhlasan hati mereka yg berkorban ke jalan Allah s.w.t patut dicontohi, Allah permudahkan urusan2 mereka....tpi yg mmg lahir sbgai Islam ada tak kita berkorban seperti mereka? kalau ada Alhamdulillah...saya pun insan yg tak cukup ilmu,serba kekurangan dan masih mencari ilmu utk dunia dan akhirat... maaf jika tulisan2 diatas ada yg silap...kalau silap minta diperbetulkan atau ditegur ya...Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...
    
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda?